Monday, October 1, 2012

Bilik Operasi MBMMBI


Bilik Operasi MBMMBI



Bilik Operasi MBMMBI SMK Linggiu telah mula wujud sejak SMK Linggiu dibuka iaitu pada tahun 1990, pada waktu itu dikenali sebagai Bilik Bahasa. Namun selaras dengan wujudnya Dasar MBMMBI yang kemudiannya diperkenalkan , bilik ini telah ditukar namanya secara rasmi kepada Bilik Operasi MBMMBI pada tahun 2011. Bilik ini seringkali digunakan sebagai bilik P&P bagi mata pelajaran BM dan BI dan sebagai bilik perjumpaan Persatuan Bahasa SMK Linggiu.

Program Bugar Bahasa (PBB) dan EW20

Program Bugar Bahasa (PBB) dan EW20 


Program ini dilaksanakan pada setiap minggu pada hari Selasa, Rabu dan Khamis bermula jam 7.10 hingga 7.30 pagi bertempat di Dataran Kejat SMK Linggiu. Program ini dijalankan secara berselang-seli di antara Program Bugar Bahasa (Bahasa Malaysia) dan Program EW20; English Within 20 Minutes (Bahasa Inggeris). Bahan-bahan untuk program ini disediakan oleh semua guru mata pelajaran BM dan BI mengikut jadual yang telah ditetapkan. Bagi EW20, pada tahun 2012 ini, bahannya telah dibukukan dan diletakkan di Bilik GKMP sebaik sahaja selesai digunakan.  Guru BM atau BI serta guru bertugas mingguan akan mengendalikan program selama 20 minit ini.